Galeri

Pameran Kebudayaan

Galeri

Pameran Budaya

Koleksi Perhubungan Bersejarah Antara Budaya Dan Tamadun

Galeri ini meraikan koleksi imej komuniti serta mereka yang pernah tinggal di Bukit Bendera dari tahun 1950-an hingga ke hari ini. Setiap gambar akan menceritakan kisah abadi tentang penduduk Bukit Bendera dan komunitinya yang menjiwai semangat sebenar budaya Malaysia yang pelbagai dan berbilang kaum. Perpaduan sentiasa menjadi kekuatan terbesar negara kita dan ini terbukti di Bukit Bendera di mana masyarakatnya telah melalui kesulitan dan kejayaan bersama -sama.

Dinding yang amat penting di dalam galeri ini tentunya adalah penghormatan kami kepada arkitek Scotland Banglo Edgecliff – JC Miller. Beliau telah membina Edgecliff pada tahun 1937 dan turut terlibat dalam bangunan lain di Pulau Pinang terutamanya The Chartered Bank of India, Australia & China di Beach Street dan York House di Medan York. Di Bukit Bendera, beliau telah merekabentuk tiga buah rumah: Treetops (1929); Nook (1929, kini telah runtuh); dan rumahnya sendiri (Banglo Edgecliff). Miller meninggalkan Pulau Pinang pada tahun 1939 ketika ancaman Perang Dunia II dan tidak pernah kembali.

Akhir sekali dan sebagai penutup, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami kepada mereka yang telah bekerja tanpa jemu di Gallery@Edgecliff Bukit Bendera melalui Dinding Sumbangan kami. Tanpa sumbangan dan sokongan mereka, semua ini tidak mungkin dapat di realisasikan.

Waktu Operasi Gallery@Edgecliff Bukit Bendera
Dibuka setiap hari (kecuali hari Selasa) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Lokasi Warisan
Aras Bawah Tingakt 1

Koleksi Perhubungan Bersejarah Antara Budaya Dan Tamadun

Galeri ini meraikan koleksi imej komuniti serta mereka yang pernah tinggal di Bukit Bendera dari tahun 1950-an hingga ke hari ini. Setiap gambar akan menceritakan kisah abadi tentang penduduk Bukit Bendera dan komunitinya yang menjiwai semangat sebenar budaya Malaysia yang pelbagai dan berbilang kaum. Perpaduan sentiasa menjadi kekuatan terbesar negara kita dan ini terbukti di Bukit Bendera di mana masyarakatnya telah melalui kesulitan dan kejayaan bersama -sama.

Dinding yang amat penting di dalam galeri ini tentunya adalah penghormatan kami kepada arkitek Scotland Banglo Edgecliff – JC Miller. Beliau telah membina Edgecliff pada tahun 1937 dan turut terlibat dalam bangunan lain di Pulau Pinang terutamanya The Chartered Bank of India, Australia & China di Beach Street dan York House di Medan York. Di Bukit Bendera, beliau telah merekabentuk tiga buah rumah: Treetops (1929); Nook (1929, kini telah runtuh); dan rumahnya sendiri (Banglo Edgecliff). Miller meninggalkan Pulau Pinang pada tahun 1939 ketika ancaman Perang Dunia II dan tidak pernah kembali.

Akhir sekali dan sebagai penutup, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami kepada mereka yang telah bekerja tanpa jemu di Gallery@Edgecliff Bukit Bendera melalui Dinding Sumbangan kami. Tanpa sumbangan dan sokongan mereka, semua ini tidak mungkin dapat di realisasikan.

Galeri Bukit Bendera@Edgecliff
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 4.30 petang
(Ditutup pada hari Selasa)
(Kaunter Tiket ditutup pada jam 3.45 petang)

Lokasi Budaya
Aras Bawah Tingkat 1