Galeri

Pameran Biodiversiti

Galeri

Pameran Biodiversiti

Keharmonian Di Antara Manusia Dan Alam

Bagaimana segalanya bermula?

Selaku salah sebuah pulau yang tertua di Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang mula muncul pada zaman Cretaceous lebih dari 100 juta tahun dahulu. Di dalam pameran ini, kami akan membawa anda melalui evolusi kehidupan di bumi dan sejarah geologi Pulau Pinang. Saksikan sampel sebenar struktur mineral dan batu yang terdapat di pulau itu termasuk batu igneus dari zaman Triassic.

Adakah anda tahu yang bukit turut mempengaruhi iklim melalui dua cara utama? Terdapat kejatuhan suhu kira-kira 0.67celcius bagi setiap kenaikan 100 m dan pada ketinggian yang lebih tinggi, akan terdapat lebih banyak kabus daripada awan dan hujan. Ketahui tentang iklim hutan Bukit Bendera yang unik dan lihat sampel tanah sebenar yang di kumpul dan di pamerkan di galeri kami.

Bukit Bendera merupakan kediaman kepada lebih daripada 2,500 spesies flora dan fauna serta penduduk hidupan liar yang unik, kesemuanya hidup bersama-sama dalam keharmonian hutan hujan yang berusia 130 juta tahun ini. Kenal pasti dan temuinya di galeri biodiversiti kami; dari tumbuhan endemik yang subur seperti Slipper Orchid (Paphiopedilum barbatum) dan Tarom Hutan (Didissandra frutescens) kepada haiwan-haiwan comel yang popular seperti Dusky Langur (Trachypithecus obscurus).

Bukit Bendera telah disenaraikan sebagai rizab biosfera UNESCO di bawah Program UNESCO mengenai Manusia dan Biosfera (MAB) pada 13 September 2021. Rizab Biosfera Bukit Bendera (PHBR) merupakan kawasan pemuliharaan dan perlindungan biodiversiti Malaysia yang terkini di dalam senarai UNESCO, yang ke-3 untuk Malaysia selepas Tasik Chini di Pahang dan Banjaran Crocker di Sabah. Di dinding pameran ini, pelajari segalanya tentang kepentingan rizab biosfera.

Akhir sekali, lawati peta jejak kami di kiosk yang tersedia. Gallery @ Edgecliff Bukit Bendera berfungsi sebagai titik permulaan, mendorong pengunjung untuk memulakan pengembaraan hebat mereka sendiri dengan melalui dan menerokai ke dalam hutan berusia 130 juta tahun.

Waktu Operasi Gallery@Edgecliff Bukit Bendera
Dibuka setiap hari (kecuali hari Selasa) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Lokasi Warisan
Aras Bawah

Keharmonian Di Antara Manusia Dan Alam

Bagaimana segalanya bermula?

Selaku salah sebuah pulau yang tertua di Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang mula muncul pada zaman Cretaceous lebih dari 100 juta tahun dahulu. Di dalam pameran ini, kami akan membawa anda melalui evolusi kehidupan di bumi dan sejarah geologi Pulau Pinang. Saksikan sampel sebenar struktur mineral dan batu yang terdapat di pulau itu termasuk batu igneus dari zaman Triassic.

Adakah anda tahu yang bukit turut mempengaruhi iklim melalui dua cara utama? Terdapat kejatuhan suhu kira-kira 0.67celcius bagi setiap kenaikan 100 m dan pada ketinggian yang lebih tinggi, akan terdapat lebih banyak kabus daripada awan dan hujan. Ketahui tentang iklim hutan Bukit Bendera yang unik dan lihat sampel tanah sebenar yang di kumpul dan di pamerkan di galeri kami.

Bukit Bendera merupakan kediaman kepada lebih daripada 2,500 spesies flora dan fauna serta penduduk hidupan liar yang unik, kesemuanya hidup bersama-sama dalam keharmonian hutan hujan yang berusia 130 juta tahun ini. Kenal pasti dan temuinya di galeri biodiversiti kami; dari tumbuhan endemik yang subur seperti Slipper Orchid (Paphiopedilum barbatum) dan Tarom Hutan (Didissandra frutescens) kepada haiwan-haiwan comel yang popular seperti Dusky Langur (Trachypithecus obscurus).

Bukit Bendera telah disenaraikan sebagai rizab biosfera UNESCO di bawah Program UNESCO mengenai Manusia dan Biosfera (MAB) pada 15 September 2021. Rizab Biosfera Bukit Bendera (PHBR) merupakan kawasan pemuliharaan dan perlindungan biodiversiti Malaysia yang terkini di dalam senarai UNESCO, yang ke-3 untuk Malaysia selepas Tasik Chini di Pahang dan Banjaran Crocker di Sabah. Di dinding pameran ini, pelajari segalanya tentang kepentingan rizab biosfera.

Galeri Bukit Bendera@Edgecliff
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari 9.30 pagi hingga 5.30 petang
(Ditutup pada hari Selasa)
(Kaunter Tiket ditutup pada jam 4.45 petang)

Lokasi Biodiversiti
Aras Bawah