Galeri
Pameran Warisan
Galeri
Pameran Warisan
Perjalanan Menuruni Lorong Kenangan:
Membongkar Masa Lalu Bangunan Warisan Di Atas Bukit
Bukit Bendera telah menjadi kediaman dan tempat untuk pulih semula sejak berabad-abad yang lalu. Biarkan kurator membawa anda kembali ke zaman 1700-an kerana dinding di dalam galeri ini akan menceritakan sejarah Bukit Bendera melalui evolusi bangunan yang wujud di atas bukit. Terokai susur galur banglo yang menawan dan bangunan warisan yang kaya dengan budaya di atas bukit sambil mengimbau kisah yang bersemadi di sebalik empat tembok tersebut di samping bekas penghuninya.
Pengunjung turut boleh mengimbau kisah silam Bukit Bendera melalui susunan poskad lama dan keratan akhbar yang tersusun rapi di dalam galeri ini. Lengkapkan pengalaman anda di galeri luar yang terdapat di sini kerana pengunjung akan dihidangkan dengan pemandangan indah Pulau Pinang dan sekitarnya. Sesuai untuk Instagrammer dan shutterbugs, biarkan keindahan pemandangan ini memukau dan memberikan inspirasi sambil anda merakamkan sekeping pemandangan dari salah satu titik tertinggi di pulau itu dari kamera anda.
Waktu Operasi Gallery@Edgecliff Bukit Bendera
Dibuka setiap hari (kecuali hari Selasa) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Lokasi Warisan
Aras Bawah
Perjalanan Menuruni Lorong Kenangan:
Membongkar Masa Lalu Bangunan Warisan Di Atas Bukit
Bukit Bendera telah menjadi kediaman dan tempat untuk pulih semula sejak berabad-abad yang lalu. Biarkan kurator membawa anda kembali ke zaman 1700-an kerana dinding di dalam galeri ini akan menceritakan sejarah Bukit Bendera melalui evolusi bangunan yang wujud di atas bukit. Terokai susur galur banglo yang menawan dan bangunan warisan yang kaya dengan budaya di atas bukit sambil mengimbau kisah yang bersemadi di sebalik empat tembok tersebut di samping bekas penghuninya.
Pengunjung turut boleh mengimbau kisah silam Bukit Bendera melalui susunan poskad lama dan keratan akhbar yang tersusun rapi di dalam galeri ini. Lengkapkan pengalaman anda di galeri luar yang terdapat di sini kerana pengunjung akan dihidangkan dengan pemandangan indah Pulau Pinang dan sekitarnya. Sesuai untuk Instagrammer dan shutterbugs, biarkan keindahan pemandangan ini memukau dan memberikan inspirasi sambil anda merakamkan sekeping pemandangan dari salah satu titik tertinggi di pulau itu dari kamera anda.
Galeri Bukit Bendera@Edgecliff
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari 9.30 pagi hingga 5.30 petang
(Ditutup pada hari Selasa)
(Kounter Tiket ditutup pada jam 4.45 petang)
Lokasi Warisan
Aras Bawah