Gallery

Funicular Exhibit

Galeri

Pameran Kereta Api Funikular

As Strong As Science And Man Can Make It

For more than 100 years, the funicular system of Penang Hill has served millions of passengers. Some are generational residents of Penang Hill, others are travellers and explorers from countries as far as the US, UK, Germany, India, China and Indonesia. The Penang Hill funicular train system does not merely transport people and things – it has long reflected Penang’s identity and character in addition to creating eternal memories for those who have travelled along the 1,996 metres of funicular track. The Penang Hill funicular tunnel is also one of the steepest in the world at 27.9 degrees.

At this exhibit, visitors have the opportunity to learn about the history of the first two generations of the funicular including the third-generation train which has been in use since 2010. Old train parts and artefacts of the funicular train and track will be in full display in all of its original splendour and glory. The centrepiece of the Funicular Train Gallery will undoubtedly be the interactive model, which depicts the mechanism and engineering behind the funicular train’s motion and movements.

This gallery is a must-visit for all train-crazy toddlers, children and adult train fans and enthusiasts who wish to learn about ropeway systems and funiculars.

Penang Hill Gallery@Edgecliff
Operating Hours
Open Daily 9.00am - 4.30pm
(Close on Tuesdays)
(Ticket Counter closes at 3.45pm)

Funicular Location
Lower Ground 1 Floor

Kekuatan Sains Dan Manusia Mewujudkannya

Selama lebih 100 tahun, sistem funikular Bukit Bendera telah memberi perkhidmatan kepada berjuta-juta penumpang. Sesetengahnya merupakan generasi penduduk di Bukit Bendera, yang lain adalah pengembara dan penjelajah dari negara-negara sejauh AS, UK, Jerman, India, China dan Indonesia. Sistem kereta api funikular Bukit Bendera bukan sekadar mengangkut orang-ramai dan barangan – ia telah lama mencerminkan identiti dan perwatakan Pulau Pinang di samping mencipta kenangan abadi bagi mereka yang pernah mengembara di sepanjang trek funikular sepanjang 1,996 meter. Terowong funikular Bukit Bendera turut merupakan antara terowong yang paling curam di dunia pada kecuraman 27.9 darjah.

Di dalam pameran ini, pengunjung berpeluang mempelajari sejarah dua generasi pertama funikular termasuk tren generasi ketiga yang telah digunakan semenjak 2010. Bahagian kereta api lama dan artifak kereta api dan trek funikular dipamerkan sepenuhnya berserta segala kemegahan dan kegemilangan asalnya. Tumpuan di Galeri Kereta Api Funikular pastinya adalah model interaktif, yang menggambarkan mekanisme dan kejuruteraan di sebalik gerakan dan pergerakan kereta api funikular.

Galeri ini mesti dikunjungi oleh semua kanak-kanak kecil yang menggemari kereta api, kanak-kanak serta peminat kereta api dewasa dan peminat tegar yang ingin mempelajari tentang sistem ropeway dan funikular.

Waktu Operasi Gallery@Edgecliff Bukit Bendera
Dibuka setiap hari (kecuali hari Selasa) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Lokasi Warisan
Aras Bwah Tingkat 1